Pereka Roket Pertama Membawa Manusia Ke Bulan


Tahukah anda, roket pertama yang membawa angkasawan Amerika ke bulan 'Saturn V' adalah hasil ciptaan seorang saintis warga Jerman bernama Wernher von Braun.

                                                                         Saturn V

Pada era kegemilangan Nazi Jerman, Wernher von Braun terkenal dengan ciptaan peluru berpandu balistik V2( Vergeltungswaffe 2) yang merupakan pertama dicipta untuk menyerang british. Dia mengambil masa bertahun2 untuk menyempurnakan rekaan peluru berpandu tersebut kerana pada masa tersebut tiada teknologi untuk mengawal pergerakan peluru berpandu ke sasaran.

                                                                Vergeltungswaffe 2- V2 rocket

Sebanyak 3000 peluru berpandu V2 dilancarkan bermula september 1944 yang meragut 9000 nyawa dipihak lawan.

Walaubagaimanapun tentera Jerman akhirnya berjaya dikalahkan oleh pihak perikatan melalui serangan udara dan pendaratan di Normandy atau lebih dikenali sebagai D-day.

                                                                   D-day Landing

Wernher von Braun dan beberapa kakitanganya menyerah diri kepada pihak perikatan. Tidak lama kemudian Wernher von Braun diambil oleh pihak tentera Amerika untuk melanjutkan kajiannya mengenai senjata pemusnah tersebut sebelum pihak Nasa mengambil beliau bekerja mengetuai pembangunan roket yang membolehkan membawa manusia ke bulan.

Beliau mati pada umur 65 tahun disebabkan kanser pankres di Alexandria , virginia tahun 1977.








0 comments:

Post a Comment