Rasanya ramai bakal-bakal bapa, bakal-bakal ibu yang akan menimang cahaya mata mungkin hari ini, esok mahupun hari-hari yang mendatang. Dalam kegembiraan kita nak menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga macam-macam persediaan dah dibuat. Nama untuk cahayamata turut tak ketingalan dibibir2 ibubapa ini.
Namun memberi nama kepada naka-anak yang bakal lahir biarlah memberi sesuatu makna yang baik-baik agar perlakuan anak-anak akan mengikut namanya. Elakkan memberi nama yang kita sendiri tidak tahu maksudnya.
nama-nama anak yang perlu dijauhi kerana menyamai nama anak syaitan adalah seperti berikut:
(1) ZALITUUN
Duduk di pasar / kedai. Tugasnya Menggoda supaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu
(2) WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah
(3) A'AWAN
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga mengabaikan kebajikan rakyat
dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama
(4) HAFFAF
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, prostitusi, kelab malam &
tempat yang ada minuman keras)
(5) MURRAH
Merosak dan melalaikan manusia dari Allah. Orang yang suka
muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
kemewahan dan glamour dll
(6) MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gossip, umpatan dan apa saja penyakit yang keluar dari kata-kata mulut
(7) DAASIM
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika
masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahanrumah tangga lagi)
(8) WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yang lain
(9) LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari
Jadi para ibubapa jangan terlalu taksub dengan peredaran zaman sekarang sehingga ada yang memberi nama artist kesayangan tetapi tidak faham maksud nama tersebut.
heyyyy
ReplyDeletehii
ReplyDelete