Isi Almari Tapi Tidak Berfungsi ?



Manusia hari ini banyak membicarakan kesan langsung soal kehidupan mereka dari pelbagai aspek, daripada hal terbesar sehinggalah yang paling kecil serta remeh temeh bagi sesetengah pihak. Perkongsian kita pada artikel ini adalah mengenai bagaimana mahu jadikan isi almari pakaian berfungsi dengan baik. Isu ini amat kecil namun perlu diambil berat kerana ia juga berkait rapat dengan etika serta penampilan luaran seseorang.

Bagaimana nak jadikan isi almari berfungsi dengan baik? Saiz almari bukanlah satu ukuran untuk menjadikan ia berfungsi dengan baik kerana Itu hanyalah apa yang kita fikir sahaja. Jadi, bagaimana nak jadikan isi almari berfungsi dengan baik, adalah dengan melabel sesuatu tempat khusus untuk barangan khusus yang telah ditetapkan, contohnya tempat untuk baju hanyalah untuk baju sahaja, bukannya bercampur dengan pakaian lain serta akan nampak lebih teratur dan kemas apabila digantung.

Terdapat beberapa tips yang dikongsi oleh Haber Dashhery, salah seorang pakar dalam pengurusan rumah tangga.
1-    Susun atur dalaman almari. Hanya gantung pakaian yang akan dipakai harian, jika pakaian yang hanya dipakai untuk acara tertentu, pakaian tersebut hendaklah disimpan dalam kotak
2-    Jangan sesekali campur pakaian yang telah dipakai dengan pakaian yang baru dicuci. Elakkan menggunakan bakul pakaian yang sama.
3-    Gantung pakaian jika ingin kelihatan kemas dan teratur
4-    Asingkan pakaian dengan aksesori lain seperti kasut serta beg dalam satu almari yang sama
5-    Utamakan pakaian yang telah digosok, serta kemas dan sedia untuk dipakai


0 comments:

Post a Comment