Facebook Beli WhatsApp


Mark Zuckerberg dilaporkan telah membeli aplikasi WhatsApp dengan membayar sejumlah 19 billion dolar. Dia membuat pembayaran tersebut dalam jumlah tunai sebanyak 4 billion dolar, 12 billion dolar saham dan baki 3 billion dolar lagi dalam bentuk saham terhad.

WhatsApp memiliki 450 juta pengguna bulanan dan ianya terkenal bagi pengguna yang mahu mengelakkan caj pesanan ringkas yang kebanyakan dikenakan oleh syarikat telco.


aplikasi ini membolehkan pengguna menghantar dan menerima pesanan melalui capaian internet tanpa perlu membayar caj per mesej. ini bermakna pengguna boleh menghantar dan menerima pesanan tanpa had.

sehingga kini aplikasi ini menerima sehingga 1 juta pendaftaran baru setiap hari. Pengusaha aplikasi ini meraih pendapatan melalui caj 1 dolar yang dikenakan kepada pengguna untuk perkhidmatan setahun.

 Pengasas facbook itu percaya aplikasi tersebut berada di landasan yang terbaik untuk memiliki berbilion pengguna dan beliau masih tidak mempunyai perancangan untuk mengunakan aplikasi tersebut sebagai medium pengiklanan.



0 comments:

Post a Comment