Bahana Lidah


Bahana lidah, Kerana lidah, anda ke Syurga, Kerana lidah, anda ke neraka!

Mengikut pepatah , lidah manusia amat tajam,  malah lebih tajam daripada mata pedang. Memang benar jika ia disalah gunakan untuk tujuan yang salah, namun, ia juga amat lembut, selembut kapas apabila digunakan dengan betul.

Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Apakah perkara yang menyebabkan kerana lidah, anda ke Syurga? Iaitu dengan memelighara lidah daripada percakapan  yang keji, sentiasa berselawat, menbaca al-Quran, bercakap perkara benar, berzikir kepada Allah, memujinya dengan ikhlas, mengucapkan perkataan dengan baik, menjaga tutur kata agar tidak menyakiti orang lain dan sebagainya.

“Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Apakah perkara yang menyebabkan kerana lidah, anda ke neraka? Iaitu mereka yang mengucapkan perkataan dusta, gosip, menghasut, perkataan kasar, mencela, perkataan kotor, saksi palsu, kata-kata laknat, cemuhan, merendahkan orang lain dan sebagainya. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika banyak perkataan yang menghantarkan pelakunya ke neraka, lantaran ia tidak boleh mengawal lidahnya, dan membiarkan kata-katanya mengikut nafsu. Dan apa yang paling besar diantara perbuatan tersebut adalah dengan mengumpat serta qazaf, iaitu tuduhan palsu terhadap seseorang muslim yang beriman tanpa bukti sebenar/syarak.

Firman Allah SWT:
“Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 sebatan. Dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang yang fasiq.” (Surah an-Nur 24:4)

0 comments:

Post a Comment