PENGARUH ILLUMINATI DALAM RANCANGAN KARTUN


Ramai yang tidak tahu bahawa illuminati adalah salah satu dakyah yang sedang tersebar luas melalui pelbagai medium di seluruh dunia. Illuminati dikaitkan dengan satu pertubuhan/ajaran rahsia  yang menjadikan Dajjal sebagai icon utama mereka dengan menjadikan mata sebagai simbol rahsia serta pelbagai simbol lain yang turut dijadikan lambang kepada pergerakan pertubuhan rahsia itu.

Antara media yang paling hangat diperkatakan adalah penguasaan illuminati dalam rancangan kartun luar Negara yang dikawal melalui CN(Cartoon Network). Apa yang membimbangkan, penapisan filem terhadap rancangan kartun tidak terlalu ketat ekoran daripada spesifikasinya untuk tontonan umum (U).

Pelbagai bentuk fahaman yang cuba diterapkan serta banyak logo dan lambang mata yang diselitkan sepanjang rancangan kartun itu berlangsung. Ada juga kartun yang diselitkan dengan elemen berunsur pornografi, yang bertujuan untuk menyampaikan mesej yang kurang senang walaupun secara tersembunyi.

Hal ini secara tidak langsung akan memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak, kerana minda mereka telah dibasuh denganelemen-elemen yang jauh terpesong dari ajaran agama sebenar sejak dari kecil lagi. Maka, akidah mereka akan jauh terpelanting jika tidak dibendung serta mendapat bimbingan yang sewajarnya. Oleh itu, sentiasa awasi anak-anak anda ketika mereka menonton pelbagai rancangan kartun di televisyen, ada yang memberi nilai positif serta ada juga yang membawa kesan negatif.

0 comments:

Post a Comment