Samsung Galaxy Note 3 Neo baharu

Pengeluar telefon pintar terbesar dunia, Samsung telah memperkenalkan satu model baru telefon phablet dari generasi Galaxy Note 3 yang diberi nama Galaxy Note 3 Neo.
model baru ini akan dikeluarkan dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Galaxy Note 3 namun melebihi spesifikasi Galaxy note 2.

antara beberapa spesifikasi yang ketara antara Galaxy Note 3 dan Galaxy Note 3 Neo adalah;

  • Galaxy Note 3 Neo mempunyai badan yang lebih nipis dan lebih ringan

  • Galaxy Note 3 Neo pula dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 5.5-inci dengan resolusi 720 x 1280 piksel dan didatangkan dengan kepadatan piksel yang lebih rendah iaitu 265ppi berbanding  Galaxy Note 3 yang dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED 5.7-inci dengan resolusi 1080 x 1920 piksel manakala kepadatan piksel adalah 386ppi serta mempunyai gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 3
  •  Galaxy Note 3 Neo juga akan menggunakan  pemprosesan 1.3GHz Exynos 5260 yang merupakan cip Hexacore yang pertama digunakan pada perkakasan telefon pintar.
  • Galaxy Note 3 Neo hadir dengan kamera beresolusi 8MP dan disertakan autofocus, Flash LED, serta optik pengstabilan imej dengan kebolehan untuk merakam video 1080p. Galaxy Note 3 Neo turut disertakan dengan kamera hadapan 1.9MP
  • Note 3 Neo juga mempunyai 2GB RAM dan menyokong USB 2.0, HSPA+ (42Mbps), Wi-Fi Direct, NFC, Bluetooth 4.0, S Pen, Air View, Air Gesture, Air Command, serta mempunyai 16GB memori simpanan dalaman

     Harga pasaran bagi Galaxy Note 3 Neo dijangkakan bermula sekitar rm1799 dipasaran


0 comments:

Post a Comment