Ayah Suruh Anak Mencuri


“Ayah yang suruh kami curi, duit itu kami bagi pada ayah,” itulah ungkapan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun setelah disoal oleh Ahli Rukun Tetangga Pekan Baling A di sebuah taman di sini.

Kanak-kanak itu ditemui bersama adiknya yang berusia lapan tahun dan sepupunya baru berusia sembilan tahun ketika sedang berkeliaran di kawasan taman terbabit pada waktu awal pagi.

Sebelum ini, mereka pernah ditahan rukun tetangga kerana mencuri jam tangan seorang jemaah surau di taman itu.

Mereka terbabit mengakui mula mencuri sejak beberapa tahun lalu setelah disuruh ayah yang dikatakan terlibat dalam kegiatan penagihan dadah.

Kanak-kanak terbabit berkata, semua barangan curi diberikan kepada ayah mereka termasuk wang ringgit.

Menurutnya, mereka turut mengakui memasuki banyak premis perniagaan di daerah ini untuk mencuri.

“Kalau tak ada duit, kami curi bedak, telur dan macam-macam lagi,” katanya.

Katanya, memang menjadi rutin harian mereka keluar pada awal pagi dan ibu ayah mereka tidak pernah melarang malah langsung tidak risau mengenai mereka.

Manakala, kakak mereka pula kini berada di sekolah pemulihan di Melaka kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Lebih menyedihkan, ketiga-tiga mereka mengaku merokok sejak beberapa tahun lalu dan menjadikan rumah rakan-rakan mereka sebagai tempat melepaskan ketagihan merokok.

p/s; patutnya siayah ajar anak kerah kebaikan, ni dh terbalik..

sumber akhbar tempatan

0 comments:

Post a Comment