Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu semalam,
menjatuhkan hukuman denda RM2,300 terhadap sepasang kekasih selepas mengaku
bersalah berkhalwat bersama tiga lagi rakan di sebuah hotel, pada Jun 2012.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail turut memerintahkan pasangan
itu, Mohamad Nazri Aliliah @ Alias, 21, dari Marang dan Syafiqah Husna Mohd
Nor, 19, juga dari Marang, dipenjarakan tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan
jumlah denda berkenaan.
Turut dijatuhakan hukuman adalah rakan mereka Nurul
Syazwani Zulkifli, 19, dari Bukit Payong, Marang dikenakan denda RM2,400 atau tiga bulan penjara jika gagal
menjelaskan denda berkenaan.
Bagaimanapun dua lagi tertuduh, Siti Normaisarah Alias, 20,
dari Manir, di sini sudah pun menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat
Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor sementara satu waran tangkap sudah
dikeluarkan terhadap Abdul Rahman Razak, 21, dari Bukit Payong, Marang selepas
gagal hadir ke mahkama
Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas Mohamad
Nazri yang bekerja sebagai buruh dan pasangannya, Syafiqah Husna mengaku salah
terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
(Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.
Berdasarkan fakta kes, pasangan itu mengaku bersalah
melakukan khalwat di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, di
sini jam 10 pagi pada 25 Jun 2012.Hasil pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri
atau mahram.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie,
Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.
Dua lagi tertuduh wanita berada di sebuah katil berasingan
sebelum pemeriksaan mendapati mereka bukan suami isteri atau mahram.
0 comments:
Post a Comment