Kei Car



Kei Car atau pangilan sinonim K-car di Malaysia membawa maksud kenderaan ringan.Kenderaan ini pada asalnya direka untuk memenuhi kehendak polisi insuran dan percukaian negara jepun . Kenderaan kelas ini juga dibayangi saiz dan enjin yang kecil. Tahukah anda kelas Kei pernah dibina sekecil 2.8meter panjang dan terdapat enjin 150cc empat lejang dan 100cc dua lejang. Kei kar bukan dibina untuk kepantasan. Saya tahu pemilik kancil turbo menentang kenyataan ini. Ada sebab kereta-kereta comel ini di-turbo kan.


Pembinaan Kei kar bermula pada tahun 1949 setelah tamat perang dunia kedua. Kebanyakan rakyat Jepun miskin dan kadang kala tidak mampu untuk memiliki kereta apatah lagi motosikal. Untuk mengalakkan industri automotif, kerajaan telah mengenalkan kelas Kei car. (keijidosha = kereta ringan). Tetapi pada tahun 1970'an jualan semakin kurang dan akta Kei car diubah menjadi saiz enjin kepada maksimum 550cc.



Ketika semua pengeluar membina Kei car yang agak perlahan pick-up nya. Pada tahun 1982 Honda telah menghasilkan Honda City Turbo. 1.3cc SOHC turbo. Manakala Nissan mengeluarkan enjin turbo untuk kereta kereta mereka dengan hasil Garrett turbocharger pada enjin E15ET 1.5cc. Tapi kedua keduanya agak terlalu besar untuk dilihat sebagai Kei car. Tetapi kereta ini telah memperlihatkan kepada dunia bahawa kereta kecil tidak memestinya perlahan dan membosankan.


Mitsubishi mengikut rentak ini dan menghasilkan Minica. Chasis 2 pintu dengan enjin G23B SOHC karbutaror 546cc dengan berat 560 kilo. Cukup ringan untuk menghasilkan impak. Di tahun 1984 Subaru dan Suzuki telah mengambil keputusan untuk menyertai pesta Kei car dan menghasilkan Subaru Rex (adik bongsu manja WRX) chasis 2 pintu dengan enjin EK23 Sohc, 544cc pengecas turbo. Terdapat juga versi 4wd dengan berat tambahan 85kg. Penghujung 1985 Nissan mengeluarkan March Turbo. Berbekalkan kuasa MA10ET dengan beban 710kg chasis 2 pintu, ia memberi makna baru keseronokan kereta cc kecil. Tapi ramai yang berkata ianya bukan DNA Kei car sebenar. Kerana di Jepun Kei car terhad kepada 660cc sahaja.

                                                       plat kenderaan persendirian

                                                            plat kenderaan komersial


sumber Mat kacau n wikipedia

0 comments:

Post a Comment