Kesemua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka,
namun tugas mendidik anak-anak bukanlah terletap pada tanggungjawab guru agama
mahupun cikgu di sekolah sahaja. Ibubapa perlu memainkan peranan yang penting
dalam membentuk sahsiah anak-anak.
Saya kongsikan beberapa tips yang dipetik dari pakar
motivasi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk dijadikan panduan dalam kita
mendidik anak2 terutamanya untuk yang nakal-nakal.
Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2
menjadi insan yg soleh:
1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu
senjata terpenting org yg beriman & Allah angkat hijab kpd doa ibubapa.
2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil.
Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10
thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10%
ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!
3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn &
minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan,
tertib tidur, dll. Pesan kpd anak lelaki utk elak kencing berdiri. Pesan kpd
anak utk ISTIBRA' selepas kencing. Lelaki dgn berdehem 3 kali & perempuan
dgn urut dari pusat ke bwh.
4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw
sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak
mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam
selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2
jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging
putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan
mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an
& lancarkan penhadaman. Vit C membantu tenangkan fikiran di samping jaga
kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap
nutrien dlm buah2an & ganggu proses penghadaman!
5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di
peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di
sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.
6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/
mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.
7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan
fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain
mengikut pilihan anda .
8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia
belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di
rumah.
9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al
Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang,
baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar
atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.
10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange.
Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih
pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.
12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn
mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan &
zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak
jadi agresif & extra nakal.
13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk
berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.
14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang
& soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan
kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!
15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah
ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan &
peribadi yg Allah redha.
16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat,
degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!
17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2
dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata
kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh,
solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian
psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci
Allah SWT.
18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa
berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu
agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.
19. Utk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz
Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem dpn anak sblm menasihati anak yg agak
"degil". In sya Allah mrk akan mudah dengar nasihat!
20. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA
BERUBAH DULU!
21. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA
BERSERAH KPD ALLAH SWT.
22. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG
UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Moga Allah
rahmati & bantu kita semua. Aameen, wassalam.
0 comments:
Post a Comment