Seorang Wanita warga cina telah terbunuh disebabkan oleh iPhone. Dia yang berusia 23 tahun meninggal dunia selepas terkena kejutan elektrik semasa menjawab panggilan telefon. Ketika itu, iPhone yang digunakan sedang dicas.Iphone yang dibeli oleh mangsa yang dikenali sebagai Ma Ailun adalah original bukannya iPhone tiruan.Menurut saudara Ailun, iPhone tersebut pernah melalui pemeriksaan oleh pihak berkuasa China disebabkan oleh terdapat banyak peranti iPhone palsu yang dijual di China yang berbahaya terhadap pengguna.Berita kematian Ma tersebar luas serta amaran telah dikeluarkan sejurus selepas kematian Ma oleh kakaknya.
“Kematian Ma disebabkan oleh penggunaan iPhone semasa sedang dicas, Saya memberi amaran kepada semua agar tidak menggunakan telefon semasa ia sedang dicas.”
Berita ini tersebar luas di internet dan ia menjadi satu tamparan hebat buat reputasi iphone di china disebabkan oleh tekanan hebat media massa di sana. Terdapat beberapa teori yang menjadi penyebab kematian Ma Ailun yang terkenaren jatan eletrik.Teori tersebut termasuklah pengecas rosak, pendawaian miskin di rumahnya serta suhu yang berlebihan yang menyebabkan kerosakan pada wayar pengecas, walaupun begitu, kematian disebabkan oleh renjatan elektrik amat jarang berlaku.
Apple telah mengeluarkan satu kenyataan dengan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ma serta akan menyiasat sepenuhnya hal ini dengan pihak berkuasa yang terlibat.
Walaubagaimanapun, pengguna-pengguna telefon canggih disarankan berhati-hati semasa mengecas telefon, jangansekali-kali menggunakan telefon semasa ia sedang dicas, mencegah lebih baik daripada mengubati.
CARIAN GOOGLE; ma ailun iphone
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment