Sushi merupakan salah satu makan Jepun yang terkenal. Sushi diperbuat dengan nasi yang dimasak dicampur dengan bahan mentah seperti ikan dan makanan laut lain. Sushi mengandungi rendah kalori dan kaya dengan omega-3.
Namun pengambilan sushi yang berterusan akan meningkatkan risiko penyakit jantung kepada pengemarnya. Menurut kajian ,ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan logam berat.Raksa boleh menyebabkan sistem saraf terjejas jika diambil dalam jumlah yang banyak manakala raksa dalam makanan cepat diserap oleh tubuh.
Ikan seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin memiliki
kandungan raksa yang tinggi kerana ia memakan ikan lebih kecil.Kajian
sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New
York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh
memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.Selain itu, ia juga
menyebabkan lupa ingatan, menggeletar dan buta manakala peningkatan kadar raksa
meningkatkan risiko penyakit jantung.
Keputusan analisis penyelidik daripada Universiti Rutgers di
New Jersey itu membabitkan pengambilan raksa oleh lebih 1,200 orang
responden.Peserta yang mencatat bacaan tinggi kebanyakannya merupakan peserta
yang gemar memakan sushi.Mereka turut disoal lebih lanjut berkenaan jumlah dan
jenis sushi yang dimakan setiap bulan.
Penyelidik mendapati, kebanyakan peserta percaya sushi akan
memanjangkan umur mereka tetapi meragui bahawa kandungan raksa pada sushi cukup
tinggi untuk membahayakan kesihatan mereka.
Menurut kajian Pusat Perubatan Wexner Universiti Ohio, AS,
kadar raksa yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti
enzim pada dinding pembuluh darah."Selain memberikan kesan positif
daripada omega-3, cemaran raksa pada ikan sushi memberikan kesan negatif
seperti rendahnya kadar kolesterol baik, penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, strok serta kelahiran pramatang," jelas para penyelidik.
Lembaga Pemantau Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA)
menyarankan pengambilan hanya dua sajian ikan yang mengandungi omega-3 pada
setiap minggu.
0 comments:
Post a Comment