Samsung Galaxy Tab PRO 8.4

Samsung kembali lagi dengan produk terbaru bagi pasaran tablet yang diberi nama Galaxy Tab PRO.
Model terbaru samsung ni dijangkakan akan menjadi saingan hebat produk keluaran apple iaitu ipad mini 2.

Model terbaru ini didatangkan dengan skrin bersaiz 8.4 inci beresolusi 2560x1600 piksel dengan berat keseluruhan sekitar 336gram. Skrin WXQGA LCD ini menawarkan paparan yang bertenaga dan tajam membolehkan paparan imej dilihat dengan lebih terperinci dan jelas.

antara ciri-ciri yang lain terdapat pada model ini adalah;
- 2.3GHz quad-core Snapdragon 800 processor
- 2GB of RAM
- kamera 8MP dibelakang dan kamera 2MP untuk pangilan video
-ketebalan 7.2mm dan 21.9mm lebar
-16GB atau 32GB storan dalaman dan menyokong storan luaran sehingga 64GB

Galaxy Tab PRO akan mengunakan paparan antaramuka Magazine UX berbanding paparan TouchWiz yang digunapakai pada kebanyakan telefon pintar samsung.




tapi sayangnya samsung masih mengekalkan pengunaan komposit plastik pada model tablet mereka, penggunaan komposit metal mungkin dapat memberikan pandangn mewah pada produk tersebut.

Model ini juga tidak dilengkapi dengan pen stylus sepertimana yang digunapakai pada varian Galaxy Note. ia mungkin sedikit menjengkelkan sekiranya anda mengunakan tab tersebut untuk kegunaan korporat seperti untuk menulis nota semasa mesyuarat.

0 comments:

Post a Comment