Bahaya Mee Meggi





Meggi merupakan makanan segera yang popular khususnya bagi golongan yang berjimat cermat mahupun golongan elit yang terlampau sibuk dengan kerjaya harian. Meggi siap dihidang hanya dalam tempoh seawal 3 minit dan ada juga dikalangan kanak-kanak yang memakan meggi begitu sahaja tanpa dimasak.
Secara keseluruhannya ramai daripada kita yang tahu akan keburukan memakan meggi yang berterusan, namun tahukah kita apa bahan2 yang terkandung didalam meggi dan perencahnya. Mari kita lihat bahan2 tersebut.

11 Ramuan Bahaya Dalam Mee Meggi

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

11) WAX(lilin)
kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya

Meggi boleh dimakan tetapi perlulah mengikut jumlah yang sedikit dan cara memasak yang betul. Seeloknya meggi dimasak dengan direbus terlebih dahulu untuk membuang wax yang menyelaputi bahagian luaran meggi.
Pengguna juga perlulah mengelakkan dari menggunakan perencah meggi semasa masakan. Seeloknya masaklah meggi dengan menggunakan bahan mentah lain seperti bawang, lada dan bahan mentah lain untuk membuat kuahnya.

0 comments:

Post a Comment