Pasangan Khalwat kemalangan

sepasang pasangan khalwat berumur 20tahun yang menaiki kereta Produa Myvi kemalangan dalam usaha mereka melarikan diri selepas terkejut dengan kehadiran penduduk kampung.

Kejadian yang berlaku di kampung Bukit Saga,Ayer Paabas Melaka itu menyaksikan pemandu kenderaan tersebut nekad mengundurkan kenderaan sejauh 200meter sebelum merempuh tiang dan terjatuh kedalam longkang.



Penduduk kampung pada mulanya menyedari kehadiran kenderaan berkenaan yang tiba2 berhenti dibahu jalan dan mematikan kesemua lampu kenderaan. Penduduk kampung yang curiga merapati kenderaan tersebut kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada pemandu.

Sebaik sahaja merapati kenderaan tersebut, mereka dapati, tempat duduk pemandu dan penumpang direbahkan dan melihat pasangan itu leka bergomol dan berpelukan di dalam kereta dengan seluar pasangan terbabit separuh terlonde. Mereka kemudiannya bertindak menghubungi pegawai syarak kariah kampung dan seorang penduduk menyuluh ke dalam kenderaan menyebabkan pasangan yang sedang asyik dibuai asmara itu terkejut.


Pasangan tersebut kemudianya dibawa ke Balai Polis Alor Gajah untuk diambil keterangan sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut.

 

0 comments:

Post a Comment