Kepala Ditusuk Duri Landak



Seorang surirumah di Rio de Jeneiro mangalami pengalaman ngeri apabila kepalanya tercucuk lebih 200 duri landak.

Kejadian itu berlaku apabila seekor landak jatuh daripada tiang lampu ketika Sandra Nabuco, 52 keluar membawa anjingnya berjalan-jalan.

Sandra kemudiannya dibawa ke hospital untuk mengeluarkan duri-duri tersebut. Doktor terpaksa menggunakan penyepit untuk mengeluarkan duri dari kepala sandra dan memberi suntikan antibiotik bagi mengelakkan  jangkitan kuman.

Landak secara semulajadinya akan melepaskan bulu-bulunya yang tajam sekiranya berasa terancam.



0 comments:

Post a Comment