Menghidupkan Sunah Rasulullah SAW

7 Sunah Rasulullah SAW :
1. Tahajjud :
-kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca Al-Quran Sebelum Terbit Matahari :
-alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata menatap Al-Quran terlebih dahulu dan memahami isi kandungannya.
3. Jangan Tinggalkan Masjid Terutama Diwaktu Subuh :
-sebelum melangkah kemana pun langkahlah ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan. Bukan kerana muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4. Jaga Solat Dhuha :
-kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Jaga Sedekah Setiap Hari :
-Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
6. Jaga Wuduk Menerus :
-kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Talib " orang yang selalu berwuduk sentiasa merasa selalu bersolat dan dijaga oleh malaikat dengan 2 doa...". "Ampuni dosa & sayangi dia Ya Allah".
7. Amalkan Istighfar Setiap Saat :
-dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
 
semoga bermanfaat untuk semua

0 comments:

Post a Comment