Allahu Rabbi! Kisah Pengajaran Akibat Derhaka
Pada Ibu | Diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman
dahulu di sebuah negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat
terhormat kerana ketinggian ilmunya. Dia sangat disukai oleh orang
ramai kerana budi dan amalnya, ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya
harum di serata negeri itu. Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai
anak yang dihormati oleh setiap orang, di mana-mana sahaja namanya pasti
menjadi perbualan orang.
Pada suatu hari, pemuda tersebut
bercadang hendak pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih
tinggi. Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum
mencukupi.Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi.
Dengan deraian air mata ibunya berkata, ”Anakku, engkau adalah mutiara
hatiku, ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua,
ibu tidak sanggup berpisah dengan engkau apatah lagi engkau berada di
sana bertahun-tahun lamanya. Batalkanlah sahaja niatmu itu nak”,rayu
ibunya menasihatinya.
Pemuda itu berasa amat kecewa dengan
kata-kata ibunya, tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri
Mekah itu tidak luntur dar hatinya. Malah dia akan tetap pergi kerana
tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Pada keesokan harinya selepas
dia mengerjakan sembahyang subuh, diapun berangkat ke Mekah, dia tidak
menghiraukan nasihat ibunya lagi.
Kini tinggallah ibunya yang
sudah tua bersendirian dengan deraian air mata. Hatinya begitu sakit
apabila mengenangkan anaknya yang tidak mempedulikan nasihatnya lagi.
“Ya,Allah” kata ibunya merintih. “ Sesungguhnya anakku telah membakar
hatiku dengan permergiannya. Maka engkau turunkanlah seksa kepada anakku
itu, Ya Allah”.
Setiap kali selepas sembahyang ibunya berdoa seperti itu. Akhirnya anaknya sampai di Mekah dan giat mencari ilmu dan beribadat.
Pada suatu malam yang gelap gelita, berlakulah suatu musibah menimpa
dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah saudagar yang
kaya. Tetapi disedari oleh tuan rumah tersebut lalu pencuri itu lari
lintang pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya
sehingga sampai di sebuah masjid untuk berlindung.Kebetulan pada masa
itu, terdapat seorang permuda yang sedang khusyuk berzikir, Sebagai
helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil
menunding-nundingkan jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu.
“Pencuri!!Pencuri!! teriaknya.
Mendengar teriakan itu tuan
rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda
itu. Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap,berbagai-bagai
penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari
masjid. Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawa dia
mengadap raja. Dengan perasan marah tuan rumah itu terus menceritakan
kesalahan pemuda tersebut. Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya
serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu menjatuhkan hukuman ke
atas pemuda itu dengan memotong kedua kaki dan tangannya serta biji
matanya dicungkil. Dengan perasan yang amat hiba pemuda itu menerima
hukuman raja itu dengan tenang.
Setelah hukuman itu
dilaksanakan, raja memerintahkan pula supaya pemuda itu diarak di
khalayak ramai. Disepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada
orang ramai. Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja berkata kepada
orang ramai.” Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang” Sewaktu
perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri
itu berkata kepada pegawai-pegawai raja yang membawanya.”Wahai pegawai
janganlah engkau berkata bergitu tetapi sebaliknya katakanlah, inilah
balasannya kalau orang yang derhaka kepada ibunya.”
Para
pegawai itu menjadi hairan mendengar saranan pemuda itu. Hati mereka
ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura. Akhirnya
para pegawai itu menyelidiki latar belakang pemuda yang dituduh mencuri
itu. Setelah selidik ternyatalah pemuda itu bukanlah pencuri yang
sebenar. Dengan perasaan kasihan para pegawai raja itu membebaskannnya
lalu dihantar pulang ke rumah ibunya.
Ketika sampai di
perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka
pintu rumah ibunya. Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat
berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil ibunya dari luar, dari dalam
rumah terdengar ibunya berdoa , “Ya, Allah, apabila telah turun cubaan
kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya aku dapat
melihatnya.”
Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya
itu, tanpa disedarinya air matanya jatuh bercucuran.Lantas dia
berpura-pura menjadi pengemis.
“Ya tuan, berilah hamba sedekah.”
“Datanglah ke sini.” Terdengar suara dari dalam.
“Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki.”Jawab anaknya.
“Kalau bergitu hulurkanlah tanganmu.”Jawab si ibu dari dalam yang masih belum mengetahui bahawa itu adalah anaknya.
“Tuan, maafkanlah saya kerana saya tidak mempunyai tangan, kerana tangan hamba telah dipotong.”
“Kalau begitu bagaimana aku dapat memberimu makanan, sedangkan aku bukan muhrammu.”Jawab ibunya.
“Tuan, janganlah bimbang, kerana kedua belah mata saya telah buta,”jawab anaknya.
Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya
terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut
anaknya.Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan ke dalam mulutnya,
pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil
menangis.
“Ibu maafkanlah saya ibu. Sebenarnya saya adalah anak
ibu yang telah mengalami nasib seperti ini.Ibu, saya telah bedosa
terhadap ibu, maafkanlah saya ibu.”
Setelah dia mengetahui
bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil
menangis meraung-raung kerana melihat anaknya yang mengerikan .Oleh
kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya dia terus menadahkan
tangan sambil berdoa. ”Ya tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan
anakku telah aku maafkan, tetapi seksa anakku sungguh mengerikan. Aku
tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya
tuhan, kau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak
menanggung malu.”
Dengan kehendak Allah yang Maha Esa, doa ibu
itu telah dimakbulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama.
Begitulah nasib anak tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua
yang tidak redha di dalam mencari ilmu.
Wallahu’alam….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment