Rusia hantar tentera ke ukraine



Media antarabangsa melaporkan pentadbiran rusia telah menghantar beribu-ribu tentera ke wilayah autonomi Crimea. Rusia turut menghantar pasukan kenderaan berperisai dan helikopter ke wilayah tersebut.

Presiden rusia menyatakan bahawa langkah itu diambil selari dengan polisi pentadbiran Rusia untuk melindungi rakyat rusia di wilayah tersebut disamping melindungi beberapa kepentingan mereka di negara yang bergolak tersebut.
                                             rajah demografi menunjukkan ethnik rusia di ukraine

Ukraine dilanda ketegangan politik selepas rakyat membuat demonstrasi menyaksikan  pemerintah negara itu melarikan diri dan buat masa ini kerajaan sementara mentadbir negara tersebut.

Kerajaan sementara Ukraine menyifatkan bahawa tindakan Rusia itu sebagai cubaan untuk menceroboh negara tersebut dan mereka telah meletakkan pasukan keselamatan dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapai sebarang pertempuran dengan tentera rusia.

                      bendera rusia mengantikan bendera ukraine di bangunan pentadbiran di crimea

0 comments:

Post a Comment