Sejarah Hari Valentine


Tahukan anda apa itu Valentine’s Day? Jika anda tahu maka jauhilah diri serta nasihatkanlah sahabat serta keluarga lain, larang mereka daripada menyambutnya,, dan jika anda tidak tahu ini adalah solusi pemahaman anda.

Hari Kekasih atau lebih tepat disebut Valentine Day diraikan oleh penganut agama Kristian pada 14 Februari setiap tahun. Tujuan ia diraikan adalah sebagai memperingati dua orang paderi bernama Valentine yang berasal dari Rom dan Terni. Namun, kedua-dua paderi tersebut dikatakan telah mati demi mempertahankan agama Kristian.

Hari Valentine pada awalnya tidak sedikitpun berkait dengan cinta asmara. Ia dikatakan hanya dikaitkan dengan pengorbanan terhadap agama. Namun, setelah puisi yang dikarang oleh Geoffrey Chaucher untuk majlis ulangtahun pertunangan Raja Richard II disalahertikan oleh pembaca, Hari Valentine menjadi sinonim dengan cinta dan kasih sayang.

Di dalam laman web Spiritrestoration.org: The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah topik Definition of religious Holy Days (Pengertian Hari-hari Suci keagamaan), di bawah indeks Saint Valentine’s Day menyebut bahawa: “Christian celebration of the love of God presented in Jesus and in the lives of Christian believers. St Valentine was a 3rd century martyr. This day is widely observed in the USA as a secular celebration of love.” Bermaksud : Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian, St. Valentine merupakan syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di USA sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub di dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan dengan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date of 14 February. Bermaksud : Sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.
iBritain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di Gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan bahawa mayatnya telah diletakkan di ruang sayap Gereja St. Francis semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja.

Apa jua alasan sejarah mereka, namun, kita sebagai umat islam, perlukah kita meniru serta menerima apa yang dibawa oleh agama lain sebagai sambutan tahunan? Ia malahan sesat lagi menyesatkan kerana amat bertentangan dengan apa yang telah disyariatkan agama Islam kepada kita. Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Firman Allah S.W.T;
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda;

“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu” Hadis Rasulullah S.A.W
Kesan-kesan negatif sudah ketara, antaranya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, bukan muhrim, ikhtilat di antara mereka sudah terlerai, maka, nafsu sudah tentu  membuak, syaitan juga akan menggodanya sehingga perkara paling keji akan berlaku, maksiat, hubungan luar nikah, yang pastinya merupakan dosa-dosa besar. Janganlah kerana perayaan ini, sanggup murtadkan diri daripada ajaran islam sebenar. Ingatlah, dunia ini hanyalah sementara, akhirat itu yang nyata. wallahualam



0 comments:

Post a Comment