'Muk-bang' trend terbaru di korea


Artis-artis Kpop korea telah memperluaskan empayar mereka keseluruh dunia dengan tarian dan style mereka semasa membuat persembahan. Sebagai contoh artis tersohor PSY meraih 1,895,589,517 penonton di youtube melalui video musik bertajuk Gangnam Style yang menjadi fenomena melalui tarian kuda yang dipersembahkan oleh beliau.

Kini warga korea selatan diperkenalkan pula dengan trend Muk-bang yang membawa maksud bilik makanan dimana si pelaku akan memakan sejumlah besar hidangan yang kalau dilihat tidak mungkin boleh dihabiskan oleh mereka yang bertubuh kecil.

Namun, trend ini mula mendapat perhatian sehinggakan seorang wanita di korea mampu meraih pendapatan sehingga RM 30605.76 sebulan melalui program tersebut yang disiarkan secara online.


p/s; macam mana yer dia blh mkn bnyk2 mcm tu...tuan kecik je

0 comments:

Post a Comment