BIOS atau basic Basic Input/Output System merupakan satu
komponen penting bagi memastikan integrasi antara perkakasan(hardware) diantara
satu sama lain. Sebagai contoh motherboard computer mempunyai storan memory
bios untuk memastikan motherboard computer dapat berintegrasi dengan perkakasan
lain seperti processor tanpa sebarang masalah.
Kebanyakan pengeluar perkakasan seperti ASUS, GIGABYTE
mahupun MSI kan sentiasa mengemaskini BIOS supaya perkakasan mereka sentiasa
menepati kehendak penggunaan disamping penambahbaikan dari aturan terdahulu.
Mengupdate bios kadangkal mendatangkan bencana kepada
pemilik perkakasan kerana tidak semua software yang dibekalkan oleh pengeluar
dapat mengupdate bios tanpa permasalahn sebagai contoh LiveUpdate dari MSI yang
menyebabkan computer tidak dapat diboot atau dihidupkan selepas pengguna
mengupdate BIOS dan penggunaan software tersebut tidak digalakkan oleh oleh
sesetengah juruteknik kerana seringkali berlaku kerosakan pada aturan selepas
proses mengupdate bios.
Namun ada cara selamat dan berkesan untuk mengupdate bios
adalah melalui bootdisk dari usb yang mengunakan system boot dari windows 98.
Langkah2 untuk menyediakan bootdisk usb adalah seperti
berikut
1-anda memerlukan pendrive berkapasiti sekurang2nya 1GB
2- download fail Win98SE_bootdisk.iso dari web http://www.bootdisk.com/
3-ekstrak fail iso tersebut dengan mengunakan software
winrar dan anda akan dapati terdapat 24 file didalam folder tersebut
4- download software HP USB disk storage format tool dari laman seperti didalam gambar
5-selepas selesai install software tersebut
6-buka software tersebut pilif Fat 32 pada ruangan file system
7-dibahagian format option tandakan ruangan quick format dan create a dos startup disk
8-kemudian cari folder win98se yang telah andari ekstrak pada permulaan tadi dan tekan ok
9-mulakan proses dengan menekan butang start
selepas selesai proses tadi anda akan dapati 3 file didalam usb disk anda, file2 tersebut telah diset sebagai fail tersembunyi(hidden file). anda boleh melihatnya dengan mengubah untuk melihat file tersembunyi melalui menu organize pada folder anda.
10- langkah berikutnya muatturun file bios untuk motherboard komputer anda dari laman web pengeluar
11-ekstrak file yang telah dimuatturn tadi dan copy file2 tersebut kedalam storan USB anda
12-restart pc anda dan tukar aturan BOOT OPTION dari hardsik anda kepada storan usb anda
( seeloknya anda matikan dulu sambungan hardisk anda kepada motherboard dengan mencabut kabel data pada harddisk)
13-restart kembali pc anda dan kali ini paparan berikut akan keluar di skrin pc anda
masukkan arahan 'dir'
kemudian taip nama fail mengikut aturan seperti didalam gambar atas
tekan butang Y
tunggu sehingga semua proses selesai dan paparan berikut akan keluar setelah selesai
kemudian tekan sebarang kekunci pada keyboard anda dan komputer anda akan restart semula
semak versi bios anda semasa masuk ke boot screen dan anda telah berjaya....selamat mencuba
0 comments:
Post a Comment