Pernahkah anda terfikir bahawa rangkaian anda telah diceroboh oleh orang disekeliling anda ?
Password wifi biasa nya menggunakan format WEP, WPA atau WPA-PSK2. Jika anda menggunakan password wifi jenis WEP, ya talian anda akan mudah digodam. Buat masa ini kesemua password wifi dari ketiga-tiga jenis boleh digodam, namun password wep lah yang palih mudah digodam.
Langkah yang selamat untuk membina password rangkaian anda ialah dengan menggunakan unicode seperti gabungan huruf besar dan kecil disamping penggunaan nombor dan simbol.
Mari kita cuba semak adakah password kita cukup kuat untuk dipecahkan oleh penggodam.
Software yang kita akan gunakan ini dinamakan Beini...bukan bini ye, sebut betul-betul. Software ini boleh didownload dari laman web pembekal software berkenaan secara percuma.
Ok, kita terus ke langkah2 bergambar yang saya sertakan;
Sebagai persediaan anda hendaklah memuatkan perisian Beini kedalam usb atau cd, saya sarankan anda menggunakan cd kerana fail tersebut berformat iso dan boleh di 'burn' terus kedalam cd. Masuk kedalam sistem BIOS pc/laptop anda dan setkan '1st boot' untuk pemain cd anda.
sebaiknya semua selesai masukkan cd dan restart kembali pc/laptop anda dan paparan berikut akan keluar.
Klik start beini mengikut versi yang anda muat turun
page akan loading sementara
klik pada minidwep-gtk( ikon air)
klik ok
pastikan kotak-kotak berikutnya ditandakan
klik scan
tunggu sehingga bar hijau penuh
paparan nama rangkaian wifi anda kan keluar didalam kotak seperti di atas
klik pada rangkain wifi anda dan klik butang Launch
tunggu sehingga program mengumpul data
pada akhirnya satu kotak baru akan keluar dan ia akan memaparkan password anda. anda boleh menggunakan Hex key atau ASCll key sebagai password.
kebiasaanya proses ini akan mengambil masa dari 15-30 minit, namaun bagi sesetengah kes ia memakan masa berjam-jam lamanya bergantung kepada kekuatan password dan signal wifi anda.
bagi mengelakkan rangkaian wifi anda digodam saya sarankan anda menggunakan password dari jenis WPA-PSK2 kerana ia amat sukar digodam kerana pengodam perlukan kamus khas untuk mengkoding password anda...gunalah password yang panjang dan berbagai.
Bagi pengguna yang PRO, kebiasanya mereka akan mengunakan OS backtrack untuk mengodam rangkain wifi sasaran kerana ia lebih cepat namun prosesnya sedikit rumit kerana melibatkan banyak kata arahan yang perlu diingati.
selamat mencuba. jangan gunakan untuk mengodam rangkaian wifi jiran anda, saya tidak bertanggung jawab diatas tindakan yang akan dikenakan oleh tuan/puan kelak.
0 comments:
Post a Comment