Kejadian Histeria terbaru

Semalam kecoh apabila hampir 50 orang pelajar perempuan sekolah SMK Tanjung Puteri Resort mengalami histeria sehingga menyebabkan sesi persekolahan terpaksa ditamatkan awal.



Selepas guru itu beredar dari situ, dia terkejut apabila ternampak lebih banyak lembaga hitam di kawasan kantin sekolah, namun dia berjaya mengawal diri dan tidak mengalami sebarang masalah. 


 Bagaimanapun, beberapa pelajar perempuan mula menjerit dan meronta-ronta tidak lama kemudian, bermula dengan 10 orang dipercayai akibat dirasuk makhluk halus.

                                                       SMK Tanjung Puteri Resort


pada masa yang sama sebuah sekolah di Kedah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang turut mengalami kejadian serupa melibatkan lebih 10 orang pelajar tingkatan 2 selain beberapa orang guru.


Dalam kejadian jam 5 petang, semua pelajar berada dalam kelas masing-masing seperti biasa sebelum seorang pelajar perempuan tingkatan dua tiba-tiba menjerit menyebabkan rakan perempuan sekelas yang lain bertindak mengerumuninya untuk melihat dan mengetahui punca mangsa menjerit.

keadaan semakain meruncing apabila satu per satu pelajar didalam kelas berkenaan mula mengalami gangguan sama dan mula meracau.



                             pelajar SMK Pendang berkumpul membaca surah Yasin di luar kelas

0 comments:

Post a Comment