Bawang putih merupakan bahan asas dalam masakan. Rasanya tak
lengkap sesuatu masakan kalau x masukkan sekali bawang putih. Selain sebagai
penambah rasa dalam makanan, bawang putih turut mempunyai khasiat-khasiat lain
kepada tubuh badan. Berikut adalah kebaikan bawang putih kepada badan kita;
Mengurangkan risiko
strok
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada
dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan
seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah
tinggi dan strok.
Mengurangkan risiko
kanser
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium
yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan
risiko seseorang mendapat kanser.
Anti bakteria dan
antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih
ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa
mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan
sebagainya.
Antiinflamasi
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan
antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan
inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
Mengandungi banyak
iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik
untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu sistem
pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan
perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan sistem
imunisasi
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang
putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan
aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Mengurangkan
kolesterol dalam tubuh
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu
menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan
risiko penyakit jantung.
0 comments:
Post a Comment