Bagi peminat-peminat Barclays Premier League pastinya sudah
tidak sabar2 menantikan perlawanan seteru hebat antara Manchester United dan
Chelsea malam ini. Perlawananan yang akan berlangsung di Stadium Stamford Bridge malam
ini bakal menyaksikan pertandingan sengit antara kedua-dua kelab gergasi
tersebut.
Kehadiran pengendali yang diberi jolokan ‘The Special One’
ke Chelsea untuk musim kedua beliau dan pengambilalihan oleh David Moyes setelah persaraan Sir Alex
Ferguson memperlihatkan perlawanan menjadi semakin menarik.
Chelsea selaku tuan rumah semestinya mahukan
kemenangan di stadium keramat mereka manakala Manchester United uga semsetina mahukan kemenangan untuk terus mengejar pendahulu liga
Mari kita lihat beberapa fakta2 menarik pertembungan antar
kedua-dua kelab gergasi ini;
- -
Kedua-dua pasukan telah bermain sebanyak 142
kali didalam liga dimana ia menyaksikan dominasi pasukan Manchester United
sebanyak 51 kemenangan berbanding 41 kemenangan berpihak kepada pasukan
Chelsea. Mereka seri sebanyak 42 perlawanan
- -
Kemenangan terbesar United terhadap Chelsea semasa
perlawanan ditempat sendiri adalah pada tahun 1960 dimana menyaksikan mereka
menang dengan 6-0 gol
- -
Chelsea hanya mampu mengekalkan 2 game bersih
dalam 18 perlawanan mereka di stadium Old Trafford
- -
Rekod pengendali United , David Moyes menentang Chelsea
tidaklah berapa baik dimana beliau hanya mampu maraih 4 kemenangan dari kesemua
31 perlawanan.
- -
Jose Mourinho hanya tewas 2 perlawanan dalam 10
perlawanan terakhir mereka, ia menyaksikan kelab Chelsea mendahului kelab
United di persada liga.
- -
7 pertembungan antara kedua-dua kelab
menyaksikan 30 gol terhasil dengan purata 4 gol bagi setiap perlawanan
Pertembungan malam ini semestinya merupakan
antara perlawanan terbaik bagi kedua-dua kelab gergasi tersebut. Jadi apa skor
anda malam ini?
p/s: Saya jangkakan
Chelsea akan menang 2 gol berbalas satu
0 comments:
Post a Comment