Che Ta Teruja Untuk Hamil Lagi


 Kini genaplah sebulan usia perkahwinan Che Ta dan pasanganya Zain Saidi mendirikan rumahtangga yang boleh diangkat sebagai Wedding Of The Year dimana menelan belanja hampir 13 juta pada 11.12.13 yang lalu.

Che Ta dan suaminya yang baru pulang berbulan madu di Itali kini teruja untuk menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka.

"saya sebenarnya sangat teruja untuk hamil semula. kalau boleh secepat mungkin kerana umur saya juga sudah meningkat. itulah yang menjadi kerisauan saya. tetapi bila mendengar kisah kawan baik saya , Didie Alis kembali mengandung dalam usia 40-an ia mengembalikan semangat saya dan suami" ujur Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.



"Kami juga sudah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan buat masa sekarang saya tidak mengambil sebarang suplemen untuk mendapatkan anak. Semua itu bergantung kepada rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan. Kalau ikutkan Zain mahu anak lelaki dan saya pula mahu anak perempuan," selorohnya yang juga sudah mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, daripada perkahwinan terdahulu.

0 comments:

Post a Comment